Tiga Tanda Amal yang Menguntungkan
Cari Berita

Advertisement

Tiga Tanda Amal yang Menguntungkan

Redaksi
Rabu, 16 Oktober 2019

Muslimoderat.net -- Al Habib Muhmmad bin Abdullah Alaydrus pernah mengatakan bahawa setiap amal yang ingin dilakukan seseorang, bilamana terhimpun padanya 3 perkara, maka amalan itu adalah amal yang berjaya dan menguntungkan.

1. Ikhlas kerana Allah Subhanahu Wata'ala.

2️. Memberikan kepada amal yang ingin dilakukan itu keazaman dengan segala yang dia mampu dan miliki, dan juga semangat untuk melakukannya.

3️. Menyerahkan segalanya kepada Allah Subhanahu Wata'ala, agar Allah dapat membantu kepadanya
mencapai apa yang diazamkan dan tidak bergantung kepada selain Allah.

Disunting daripada tausiyah Fajar Istimewa bersama Al ‘Alamah Al Habib Umar bin Salim bin Hafidz, terjemahan oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.